Never get involved with a married man

Interesting article. One of my friend share this article on facebook and here I am sharing this on my blog. 🙂

 

Never get involved with a married man

February 19, 2013

Here are some sound reasons as to why you shouldn’t be dating a married man.

LONDON: The reasons to not get involved with a married man are plenty — heartbreaks, being called the ‘other woman’ so on and so forth. Here are some sound reasons as to why you shouldn’t be dating a married man.

Wrong

No matter how much you try to prove yourself right — there are no justifications when it comes to dating a married person. It is considered to be ‘ethically wrong’ and could hamper your life in more ways than one.

Second best

When you get involved with a married man, no matter how much he claims you to be his true love, at the end of the day, his wife and family (kids) will be his first priority. Remember that he will come up with a host of excuses to cover up for cheating on his family — but when it comes to choosing between his family and you, it will always be his family.

Lies

Another reason to not get involved with a married man is lies. Men who have a wife and children at home, will lie to you endlessly for not being able to meet up with you, or not being able to accompany you for shopping or a movie.

Would you like it?

Just for a second, wait and think. Had you found out that your husband is cheating not only on you but your kids as well — would you approve of it? Let it pass by? Cheating in any form is disgraceful. More than that, you can never guarantee that he will leave his wife and kids and accept you legally.

Last but not least.

If you are a married woman having and affair with married man??? Worst still… think about it.

 

– Agencies

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Sebuah Pengakhiran

23 Januari 2013 – Dah masuk 9 hari… aku tidak menghubungi dia… Dan dia juga tidak pernah ada tanda-tanda untuk menghubungi aku… Apakah makna semuanya ini… Adakah Allah telah menjawab segala doa-doa ku? Ya mungkin…

Allah mahu memelihara aku. Aku redha dan aku patut bersyukur jika ini adalah pengakhiran bagi sebuah perhubungan yang tak diredhai olehNya. Aku akur.. ia memang terbaik untuk kami berdua… dia dan keluarganya manakala aku dan keluarga ku. Aku harus membina hidup baru, hidup yang di berkati oleh Nya…

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Adakah???

Salahkah aku..

pabila aku memberitahu perkara yang benar?

Salahkah aku..

menghubunginya tapi tak dilayan?

Salahkah aku..

untuk tidak menghubunginya lagi?

Salahkah aku..

pabila aku hanya mendiamkan diri, berkeras hati hanya menunggu panggilan darinya??

Dia sendiri tidak ada perasaan untuk menghubungi ku lagi..

Jadi, apa masalahnya??

Jangan melukut di tepi gantang.. angkat kaki… tiada erti lagi hubungan yang terbina sekian lama. Jika tidak ada haluan, sia-sia saja. Tiada apa yang hendak dikesalkan…

Adakah ini pengakhirannya? 

Sudah tiga hari… Rabu, Khamis, Jumaat…. Sabtu.. Ahad… Isnin kena tunggu dulu…

 

 

bersambung…

Posted in Uncategorized | Leave a comment

churp churp!

Be the trend setter and get your friends to hop on board with ChurpChurp! 🙂

Pada sesiapa nak try and to gain some pocket money… may join and browse the link.. Saya pun baru nak try…

Insyaallah… mana tau dapat buat duit raya…hehehhehe

Posted in Informasi | Leave a comment

Pain… ball.. Paintball

Assalammualaikum,

Entri kali ni, saya nak ceritakan sikit je pengalaman kali kedua saya bermain Paintball. Kali pertama dulu masa kat Gambang.. kat situ licin skit, sebab kami main lepas hujan…

Kali ni kami main kat Shah Alam Extreme Park, Section 13. (“kami” bermaksud team bebudak ofis RSMY) Saya ditemani oleh hubby n anak2. wii~~ Main tengah2 hari buta pukul 12 tengahari…hahaha.. nasib baik hubby tak kisah… lepas tu dalam hutan… so, kurang le rase panas tuh..

Yang datang 7 org je including me, yang ‘hantu2’ lain janji nak datang sume missing in action… huahuahua… takpe… asalkan kami sume enjoy, tujuh orang pun ok pe.. (actually my hubby pun mcm excited je nak main.. tapi jual mahal.. heheheh) so, jadinya my hubby jadik cameraman yg amatur le, menggunakan handphone samsung corby II saya yang biasa2 je tu.. asalkan ade gambar…huihuihui..

Image

mendengar taklimat do’s n don’ts…

Habis game lebih kurang masa solat Zohor.. family n I chow dulu since, diorang sume tu bujang2… tak bawak family, boleh lepak2 lagi kat dalam hutan sebelah stadium Shah Alam tuh.. My hubby cadangkan kami makan kat Burger King (dah parking pun kat situ)..  Saya tak lalu nak makan… mungkin terlalu excited main paintball tadi… so, layan hubby n anak2 je la ye..

Game this time, kurang kecederaan skit… cuma kena sipi2 jek.. masa kat Gambang ari tu kena sedas kat lengan kanan… habis blue-black-purple 2 minggu. Tapi apa ada kisah.. kenangan… kalau x kena tembak.. takde thrill la main ‘pain ball’ ni.. heheheh

Image

buget kurus… tapi gemoks tak hengat…

Image

selepas 2 game…

Image

referee…

Posted in Informasi, Jalan-jalan, Saje-saje | Tagged | Leave a comment

Rec Club activity

Rec Club activity

getting ready for ‘friendly’ battle…

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Handphone, Twitter, Facebook dan sebagainya…

Saya ingin berkongsi satu kisah atau cerita tentang handphone. Kalau dalam bahasa melayu telefon tangan. Tapi kebanyakan orang kalau sebut handphone pun dah tahu apa bendanya tu. So, saya tak perlu explain lah yea. Dengan kemajuan teknologi pada masa kini, tidak dapat dinafikan handphone itu sebagai salah satu keperluan kepada masyarakat sehinggakan ianya tidak mengira peringkat umur dan status seseorang. Samada budak sekolah hinggalah pada ahli korporat. Hinggakan setiap model baru dan canggih keluar di pasaran je, terus nak sambar.

Saya pun ada handphone. Handphone yang saya gunakan ini pun baru berusia 6 bulan. Walaupun handphone saya ini mempunyai basic app tapi saya jarang menggunakannya. Senang cerita saya hanya menggunakan handphone saya untuk menghantar teks pesanan ringkas serta membuat panggilan. Saya bukanlah jenis yang bergayut 24jam atau melihat serta merenung handphone sehinggakan handphone itu nyawa saya.. Tidak.. Sebab itulah saya tidak memerlukan handphone yang begitu canggih. Cukuplah untuk saya membuat dan menerima panggilan serta perkhidmatan sms. (Walaupun sebenarnya banyak kepentingan app itu bergantung kepada individu)

Saya perhatikan kebanyakan remaja serta segelintir masyarakat pada ketika ini terlalu obses dengan handphone sehingga mengabaikan orang sekeliling. Saya bukan tak benarkan mereka menggunakan handphone. Maksud saya menggunakan handphone disini, ialah bertweet, facebook, bbm, messaging dan sebagainya. Itu memang hak mereka. Mereka yang keluar duit, suka hati merekalah apa yang mereka nak buat.. Betul.. Saya tak nafikan. Tetapi ianya amat menjengkelkan… saya ulang sekali lagi… menjengkelkan apabila ada segelintir antara mereka ini yang tidak mengendahkan situasi di sekeliling mereka.

Contohnya lah. Saya tak perlu nak ambil contoh yang susah-susah. Cukuplah dengan adik perempuan saya yang seorang ni. Walaupun dia sudah berkahwin (umurnya 27tahun)  dan mempunyai seorang anak tetapi perangainya mengalahkan budak remaja. Handphone Blackberrynya dipegang dan direnung sambil sesekali tersengih. Sesekali terdengar seperti mesej masuk. Entah… saya tak faham. Anaknya yang seorang tu dibiarkan. Makan dan minum tak di endahkan. Bila kita bagi aiskrim pada anaknya dimarahnya kita seperti kita membuat kesalahan besar. Kalau jaga sangat pemakanan anak, tengok lah anak tu. Kesian saya tengok anak buah saya tu, terbiar je. Tak sampai hati pulak bila dia nak makan aiskrim yang dimakan oleh sepupu-sepupunya yang lain. Kalau saya tegur nanti sentap lah, sensitif lah. Menyampah perangai mengada-ngada macam tu.

Setelah adik-beradik perempuan berkahwin, kami jarang bersama. Jarang ke rumah mak. Tetapi saya hanya berharap, sekiranya kami bertembung dapatlah kita bersama-sama bergotong royong bersihkan rumah dan masak apa-apa yang patut. Takkan lah nak kena panggil, sendiri mau ingatlah. Jangan lah datang tau nak makan, melaram dan melepak dengan handphone. Rasanya semua orang tak suka.

Ada lagi contoh lain, (orang lain plak) ketika makan beramai-ramai ataupun family gathering ke. Tak kira lah dengan family atau dengan buddys. Ketika menunggu makanan, handphone. Makanan sampai, handphone. Tengah makan pun, handphone. NO MENACE. Saya paling tak suka dan berbulu dengan orang-orang macam ni. Tidak menghormati orang lain. Kalau bisnes ribu-riban tu berbaloi la jugak.

Kebanyakan mereka ini lebih mementingkan ‘kawan-kawan’ mereka di ‘sebalik’ sana dari keluarga atau rakan mereka di depan mata. Cukup menyedihkan. Harap-harap saya tak ‘terbejangkit’ dengan perangai mereka. Lagipun saya jenis pendiam dan tak banyak cakap. InsyaAllah.

Masalah disini, bukan tidak benarkan mereka ‘bersosial’ melalui handphone mereka. Cuma tengoklah situasi. Hormati ibu-bapa, saudara mara dan orang sekeliling anda. Kalau setakat menunggu bas tu nak berchatting tiada masalah rasanya. Cuma berhati-hatilah dengan pick-pocket dan sebagainya. Untuk keselamatan diri juga.

The art of writing is the art of discovering what you believe.~Gustave Flaubert~

Posted in Saje-saje | 1 Comment

Kenapa Wanita Wajib Bertudung

Credit to halwatuliman.blogspot

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.

Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.

Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.

Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.
Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).

Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.

Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.

Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada’ dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita.

Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui “Islam is really beautiful.” Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.

Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Posted in Informasi | Leave a comment

Maksud Bacaan Dalam Solat

Credit to amekaw.com

Image

Image by Google

Adalah penting untuk kita memahami setiap ayat dan bacaan dalam solat kita supaya kita lebih fokus dan menghayati maksudnya dalam solat. Kalau baca tapi tak faham, rugilah kita.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha suci Tuhanku yang maha mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, kayakan aku, angkatlah darjatku, rezekikan aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.

Bacaan ketika tahiyat awal
Segala ucapan penghormatan,segala kurnia, segala ucapan pengagungan dan pujian hanyalah milik Allah.
Semua perlindungan dan pemeliharaan untukmu, wahai Nabi, begitu pula rahmat Allah dan segenap kurniaNya.
Semua perlindungan dan pemeliharaan semoga diberikan kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Tambahan untuk tahiyat akhir
Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya.
Berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
Sebagaimana Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahteralah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau pimpin.
Berkatilah untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan taubat pada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Posted in Education/Learning, Informasi, Surah dan Ayat amalan | Leave a comment

Mengapa Wanita sukar memutuskan hubungan Cinta

Credit to blog dinet.fm

Photo by Google Image

Walaupun telah terbukti pasangannya banyak melakukan kesalahan, berbohong, menipu malah melakukan kecurangan, kebanyakan wanita kadangkala begitu sukar dan tidak sanggup memutuskan hubungan.

Sesetengah wanita juga sanggup menderita, memendam perasaan demi mempertahankan hubungan yang terjalin walaupun hati benar-benar sakit dan terluka oleh sifat dan sikap buruk pasangan.

Apa sebenarnya yang membuat kebanyakan wanita sedemikian? Adakah kerana terlalu cinta atau apa?

Jom kita semak jawapannya seperti apa yang dipaparkan dibawah..

5 Sebab Mengapa Wanita Sukar Putuskan Hubungan Cinta

Tetap Mengharap Pasangan Berubah

– Terus menyimpan keinginan dan harapan bahawa pasangannya akan berubah menjadikan wanita tega berendam air mata. Meskipun sekian lama memendam rasa, wanita tetap membayangkan masa depan yang cerah bila pasangannya berubah kelak. Seharusnya wanita juga perlu memikirkan bagaimana keadaan masa depannya nanti jika pasangannya tetap tidak berubah. Ini akan membuatkan fikiran wanita lebih terbuka dan mampu menilai dengan wajar samada hubungan yang ada perlu dipertahankan atau tidak.

Menganggap Pasangan Amat Perlukan Dirinya

-Tidak kurang wanita yang sering berfikir bahawa dirinya amat diperlukan oleh pasangan hingga timbulnya kebimbangan, jika hubungan putus, pasangannya akan melakukan sesuatu yang merosakkan. Misalnya mengambil minuman keras dan menjadi pemabuk, hilang semangat menjalani hidup dan sebagainya. Padahal hidup seseorang ditentukan oleh dirinya sendiri. Begitu juga wanita, seharusnya mereka mampu menentukan kebahagiaan hidup sendiri dulu sebelum memikirkan orang lain.

Berfikir Tak Dapat Mencari Pasangan Yang Lebih Baik

– Selalu berfikir negatif dan takut tiada pengganti yang lebih baik menjadikan wanita terbiasa dengan perlakuan buruk pasangannya. Biarpun hati sukar menerima segala pembohongan dan kecurangan pasangan, tetapi kerana mahukan perhatian dan kasih sayang, kebanyakan wanita sanggup mengetepikan perasaan dirinya. Sepatutnya wanita perlu lebih berani untuk keluar dari kebiasaan yang menyakitkan dan mencari kebahagiaan sendiri.

Takut Bersendiri

– Kebanyakan wanita takut menghadapi kesunyian jika tidak memiliki pasangan malah takut dirinya akan menjadi andartu hingga sanggup meneruskan hubungan yang kurang baik. Sikap kurangnya keyakinan dan percaya diri sendiri membuatkan wanita bergantung harap pada orang lain dan takut untuk menjalani hidupnya sendiri.

Kenangan Bersama

– Teringat-ingat dan terbayang-bayang kenangan indah bersama. Ini adalah perkara biasa. Selain itu janji-janji yang dilafazkan ketika bersama seperti takkan ada wanita lain selain dirinya ataupun,  kata-kata seperti si lelaki berasa malu sekiranya dia menduakan wanita tersebut atau mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Semestinya ada banyak lagi sebab-sebab lain yang bersangkutan. Namun, kesemua sebab yang dipaparkan diatas diyakini merupakan sebab-sebab utama membuatkan kebanyakan wanita tetap bertahan walaupun hubungan yang dijalinkan membawa lebih penderitaan daripada kebahagiaan.

Posted in Informasi | Leave a comment