Never get involved with a married man

Interesting article. One of my friend share this article on facebook and here I am sharing this on my blog.🙂

 

Never get involved with a married man

February 19, 2013

Here are some sound reasons as to why you shouldn’t be dating a married man.

LONDON: The reasons to not get involved with a married man are plenty — heartbreaks, being called the ‘other woman’ so on and so forth. Here are some sound reasons as to why you shouldn’t be dating a married man.

Wrong

No matter how much you try to prove yourself right — there are no justifications when it comes to dating a married person. It is considered to be ‘ethically wrong’ and could hamper your life in more ways than one.

Second best

When you get involved with a married man, no matter how much he claims you to be his true love, at the end of the day, his wife and family (kids) will be his first priority. Remember that he will come up with a host of excuses to cover up for cheating on his family — but when it comes to choosing between his family and you, it will always be his family.

Lies

Another reason to not get involved with a married man is lies. Men who have a wife and children at home, will lie to you endlessly for not being able to meet up with you, or not being able to accompany you for shopping or a movie.

Would you like it?

Just for a second, wait and think. Had you found out that your husband is cheating not only on you but your kids as well — would you approve of it? Let it pass by? Cheating in any form is disgraceful. More than that, you can never guarantee that he will leave his wife and kids and accept you legally.

Last but not least.

If you are a married woman having and affair with married man??? Worst still… think about it.

 

– Agencies

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Sebuah Pengakhiran

23 Januari 2013 – Dah masuk 9 hari… aku tidak menghubungi dia… Dan dia juga tidak pernah ada tanda-tanda untuk menghubungi aku… Apakah makna semuanya ini… Adakah Allah telah menjawab segala doa-doa ku? Ya mungkin…

Allah mahu memelihara aku. Aku redha dan aku patut bersyukur jika ini adalah pengakhiran bagi sebuah perhubungan yang tak diredhai olehNya. Aku akur.. ia memang terbaik untuk kami berdua… dia dan keluarganya manakala aku dan keluarga ku. Aku harus membina hidup baru, hidup yang di berkati oleh Nya…

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Adakah???

Salahkah aku..

pabila aku memberitahu perkara yang benar?

Salahkah aku..

menghubunginya tapi tak dilayan?

Salahkah aku..

untuk tidak menghubunginya lagi?

Salahkah aku..

pabila aku hanya mendiamkan diri, berkeras hati hanya menunggu panggilan darinya??

Dia sendiri tidak ada perasaan untuk menghubungi ku lagi..

Jadi, apa masalahnya??

Jangan melukut di tepi gantang.. angkat kaki… tiada erti lagi hubungan yang terbina sekian lama. Jika tidak ada haluan, sia-sia saja. Tiada apa yang hendak dikesalkan…

Adakah ini pengakhirannya? 

Sudah tiga hari… Rabu, Khamis, Jumaat…. Sabtu.. Ahad… Isnin kena tunggu dulu…

 

 

bersambung…

Posted in Uncategorized | Leave a comment

churp churp!

Be the trend setter and get your friends to hop on board with ChurpChurp!🙂

Pada sesiapa nak try and to gain some pocket money… may join and browse the link.. Saya pun baru nak try…

Insyaallah… mana tau dapat buat duit raya…hehehhehe

Posted in Informasi | Leave a comment

Pain… ball.. Paintball

Assalammualaikum,

Entri kali ni, saya nak ceritakan sikit je pengalaman kali kedua saya bermain Paintball. Kali pertama dulu masa kat Gambang.. kat situ licin skit, sebab kami main lepas hujan…

Kali ni kami main kat Shah Alam Extreme Park, Section 13. (“kami” bermaksud team bebudak ofis RSMY) Saya ditemani oleh hubby n anak2. wii~~ Main tengah2 hari buta pukul 12 tengahari…hahaha.. nasib baik hubby tak kisah… lepas tu dalam hutan… so, kurang le rase panas tuh..

Yang datang 7 org je including me, yang ‘hantu2’ lain janji nak datang sume missing in action… huahuahua… takpe… asalkan kami sume enjoy, tujuh orang pun ok pe.. (actually my hubby pun mcm excited je nak main.. tapi jual mahal.. heheheh) so, jadinya my hubby jadik cameraman yg amatur le, menggunakan handphone samsung corby II saya yang biasa2 je tu.. asalkan ade gambar…huihuihui..

Image

mendengar taklimat do’s n don’ts…

Habis game lebih kurang masa solat Zohor.. family n I chow dulu since, diorang sume tu bujang2… tak bawak family, boleh lepak2 lagi kat dalam hutan sebelah stadium Shah Alam tuh.. My hubby cadangkan kami makan kat Burger King (dah parking pun kat situ)..  Saya tak lalu nak makan… mungkin terlalu excited main paintball tadi… so, layan hubby n anak2 je la ye..

Game this time, kurang kecederaan skit… cuma kena sipi2 jek.. masa kat Gambang ari tu kena sedas kat lengan kanan… habis blue-black-purple 2 minggu. Tapi apa ada kisah.. kenangan… kalau x kena tembak.. takde thrill la main ‘pain ball’ ni.. heheheh

Image

buget kurus… tapi gemoks tak hengat…

Image

selepas 2 game…

Image

referee…

Posted in Informasi, Jalan-jalan, Saje-saje | Tagged | Leave a comment

Rec Club activity

Rec Club activity

getting ready for ‘friendly’ battle…

Image | Posted on by | Leave a comment

Handphone, Twitter, Facebook dan sebagainya…

Saya ingin berkongsi satu kisah atau cerita tentang handphone. Kalau dalam bahasa melayu telefon tangan. Tapi kebanyakan orang kalau sebut handphone pun dah tahu apa bendanya tu. So, saya tak perlu explain lah yea. Dengan kemajuan teknologi pada masa kini, tidak dapat dinafikan handphone itu sebagai salah satu keperluan kepada masyarakat sehinggakan ianya tidak mengira peringkat umur dan status seseorang. Samada budak sekolah hinggalah pada ahli korporat. Hinggakan setiap model baru dan canggih keluar di pasaran je, terus nak sambar.

Saya pun ada handphone. Handphone yang saya gunakan ini pun baru berusia 6 bulan. Walaupun handphone saya ini mempunyai basic app tapi saya jarang menggunakannya. Senang cerita saya hanya menggunakan handphone saya untuk menghantar teks pesanan ringkas serta membuat panggilan. Saya bukanlah jenis yang bergayut 24jam atau melihat serta merenung handphone sehinggakan handphone itu nyawa saya.. Tidak.. Sebab itulah saya tidak memerlukan handphone yang begitu canggih. Cukuplah untuk saya membuat dan menerima panggilan serta perkhidmatan sms. (Walaupun sebenarnya banyak kepentingan app itu bergantung kepada individu)

Saya perhatikan kebanyakan remaja serta segelintir masyarakat pada ketika ini terlalu obses dengan handphone sehingga mengabaikan orang sekeliling. Saya bukan tak benarkan mereka menggunakan handphone. Maksud saya menggunakan handphone disini, ialah bertweet, facebook, bbm, messaging dan sebagainya. Itu memang hak mereka. Mereka yang keluar duit, suka hati merekalah apa yang mereka nak buat.. Betul.. Saya tak nafikan. Tetapi ianya amat menjengkelkan… saya ulang sekali lagi… menjengkelkan apabila ada segelintir antara mereka ini yang tidak mengendahkan situasi di sekeliling mereka.

Contohnya lah. Saya tak perlu nak ambil contoh yang susah-susah. Cukuplah dengan adik perempuan saya yang seorang ni. Walaupun dia sudah berkahwin (umurnya 27tahun)  dan mempunyai seorang anak tetapi perangainya mengalahkan budak remaja. Handphone Blackberrynya dipegang dan direnung sambil sesekali tersengih. Sesekali terdengar seperti mesej masuk. Entah… saya tak faham. Anaknya yang seorang tu dibiarkan. Makan dan minum tak di endahkan. Bila kita bagi aiskrim pada anaknya dimarahnya kita seperti kita membuat kesalahan besar. Kalau jaga sangat pemakanan anak, tengok lah anak tu. Kesian saya tengok anak buah saya tu, terbiar je. Tak sampai hati pulak bila dia nak makan aiskrim yang dimakan oleh sepupu-sepupunya yang lain. Kalau saya tegur nanti sentap lah, sensitif lah. Menyampah perangai mengada-ngada macam tu.

Setelah adik-beradik perempuan berkahwin, kami jarang bersama. Jarang ke rumah mak. Tetapi saya hanya berharap, sekiranya kami bertembung dapatlah kita bersama-sama bergotong royong bersihkan rumah dan masak apa-apa yang patut. Takkan lah nak kena panggil, sendiri mau ingatlah. Jangan lah datang tau nak makan, melaram dan melepak dengan handphone. Rasanya semua orang tak suka.

Ada lagi contoh lain, (orang lain plak) ketika makan beramai-ramai ataupun family gathering ke. Tak kira lah dengan family atau dengan buddys. Ketika menunggu makanan, handphone. Makanan sampai, handphone. Tengah makan pun, handphone. NO MENACE. Saya paling tak suka dan berbulu dengan orang-orang macam ni. Tidak menghormati orang lain. Kalau bisnes ribu-riban tu berbaloi la jugak.

Kebanyakan mereka ini lebih mementingkan ‘kawan-kawan’ mereka di ‘sebalik’ sana dari keluarga atau rakan mereka di depan mata. Cukup menyedihkan. Harap-harap saya tak ‘terbejangkit’ dengan perangai mereka. Lagipun saya jenis pendiam dan tak banyak cakap. InsyaAllah.

Masalah disini, bukan tidak benarkan mereka ‘bersosial’ melalui handphone mereka. Cuma tengoklah situasi. Hormati ibu-bapa, saudara mara dan orang sekeliling anda. Kalau setakat menunggu bas tu nak berchatting tiada masalah rasanya. Cuma berhati-hatilah dengan pick-pocket dan sebagainya. Untuk keselamatan diri juga.

The art of writing is the art of discovering what you believe.~Gustave Flaubert~

Posted in Saje-saje | 1 Comment